BON ODORI FESTIVAL PULAU PINANG 2015


BON ODORI FESTIVAL 2015 
PULAU PINANG


Perayaan Hantu ialah sebuah perayaan Cina yang disambut oleh orang Cina di merata dunia. Dalam kalendar Cina (kalendar lunisolar), Perayaan Hantu jatuh pada malam ke-14 bulan ke-7.
Mengikut adat resam Cina, hari ke-13 bulan ke-7 dalam kalendar qamari bergelar Hari Hantu dan bulan ketujuh secara amnya dianggap sebagai Bulan Hantu ( 鬼月), iaitu apabila hantu-hantu dan roh-roh, termasuklah para leluhur yang lama meninggal, keluar dari alam ghaib

Perayaan Hantu di Jepun: O-bon
O-bon atau cuma Bon, merupakan versi Jepun bagi Perayaan Hantu yang lama berubah menjadi cuti perjumpaan semula keluarga yang mana penduduk bandaraya kembali kepada kampung halaman untuk membersihkan dan menziarahi kubur nenek moyang mereka.
O-bon yang sering merangkumi pesta tarian ini lama wujud di Jepun sejak lebih 500 tahun lalu. Perayaan Jepun ini diadakan dari 13 hingga 16 bulan Julai.

Perayaan Hantu di Malaysia:
Perayaan Hantu di Malaysia di modenkan dengan persembahan pentas seolah-olah konsert dengan sifat-sifat tersendiri dan berbeza daripada keraian Perayaan Hantu di negara lain. Pertunkuakan pentas yang dikenali sebagai 'Koh tai' oleh penutur Bahasa Hokkein ini dipersembahkan oleh sekumpulan penyanyi, penari dan penghibur di atas sebuah pentas sementara yang didirikan di kawasan perumahan daripada dana sumbangan para penduduk.

Tujuan Ke Bon Odori Festival:
aya ni seorang Fotographer yang menetap di Kuala Lumpur, dan Perayaan Bon Odori diadakan di Esplanade / Padang Kota Lama Pulau Pinang pada 25 July 2015. Yang best nye pada 25 July tu memang tengah cuti, so dapat la saya melawat ke PP untuk bersama-sama menyertai Perayaan Bon OdoSri, tujuan utama saya nak ke Bon Odori Festival ni adalah bagi mendapatkan gambar 'Human Interest'.

Perjalanan:
Saya menaiki Bus dari Pudu Sentral ke Sungai Nibong (Penang) pada jam 10.30malam  dan sampai pada jam 4.30pagi. Masa perjalanan selama 6 jam saya gunakan untuk tidur , kerana keesokan hari saya perlu menggunakan segala kudrat yang ada untuk mendapatkan gambar yang terbaik di Penang Bon Odori Festival 2015. Sampai je di Stesen Bus Sungai Nibong pada 4.30 pagi saya terpaksa menunggu 2 jam untuk mendapatkan Bus ke Bandar Georgtown. Festival Bon Odori kebiasaanya bermula pada jam 6 petang dan sampai la ke jam 11malam untuk pertunjukan bunga api. Dalam menunggu untuk ke pukul 6petang tu saya pusing2 la bandar georgetown, Siap sempat tengok wayang cerita  Ju-on The Final Curse dkt Komtar. seram doh dalam wayang tu ada saya sorang dgn sepasang couple je, seat lain semua kosong.



Permandangan di Jeti Pulau Pinang


Tokong berhampiran Padang Kota Lama

    


Persembahan Gendang



 


Suasana 




Gambar Kanak2 yang Dress up KIMONO
Boleh Jadi 'Human Interest' photo ^^



Gambar Bersama MISS YUKATA ^^Annyeong

Comments